Unit Kaunseling

UNIT KAUNSELING

PENGENALAN

Unit Kaunseling Maahad Tahfiz al-Quran MAIK merupakan satu salah satu komponen yang berada di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK di mana ianya diterajui oleh seorang kaunselor berdaftar di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia. Unit ini mula beroperasi pada 1 Januari 2020 dan bergerak berpaksikan kepada definisi kaunseling yang sebenar iaitu satu unit yang berperanan dalam melaksanakan proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien (pelajar) yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan kepada kod etika kaunselor, Lembaga Kaunselor Malaysia. Perkhidmatan ini secara amnya berfungsi dalam memberi bimbingan khususnya dalam bidang akademik, kerjaya, sosial, peribadi, keluarga serta hal‐hal lain di samping membantu mengawal selia pergerakan dan aktiviti pelajar serta sikap dan akhlak mereka sepanjang berada di mahaad ini.

FUNGSI

  • Mengenalpasti keperluan perkhidmatan kaunseling dan kerjaya pelajar melalui kajian, soal selidik, temubual perbincangan dengan pelajar,pensyarah dan kakitangan.
  • Merancang ,menyelaras dan mengendalikan perkhidmatan sesi kaunseling individu dan kelompok dari semasa ke semasa secara professional dan beretika.
  • Memberi garis panduan kepada pelajar supaya membuat perancangan yang teliti di dalam menentukan aktiviti-aktiviti yang ingin dilaksanakan supaya tidak terganggu dengan jadual pengajian harian.
  • Memantau perubahan tingkah laku pelajar apabila menghadapi sesuatu kesulitan dan masalah.
  • Memberi sokongan emosi untuk menyelesaikan konflik dan mengurang ketegangan dengan memperbaiki kelemahan sosialnya.
  • Menganjurkan program-program bimbingan kerjaya kepada semua pelajar terutama pelajar semester akhir yang bakal menamatkan pengajian diploma berkaitan peluang-peluang pendidikan dalam dan luar negara serta penajaan yang bersesuaian.
  • Menjadi perantaraan dan moderator dengan agensi-agensi luar yang berkaitan dengan peluang-peluang pengajian di institusi pengajian awam.
  • Memberi pendedahan serta bimbingan kepada para pelajar berkaitan kemahiran asas komunikasi, kepimpinan, serta elemen kerjasama dalam berkumpulan supaya setiap daripada mereka mempunyai sifat yakin diri yang tinggi dan sentiasa bersedia dalam apa jua tugasan atau tanggungjawab yang diberikan.
  • Menganjurkan program-program berbentuk perkembangan, pencegahan, pemulihan dan krisis serta intervensi dalam meningkatkan pencapaian akademik, pembangunan kendiri, sahsiah disiplin diri para pelajar.

BILANGAN PELAWAT

Hari ini
Semalam
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
222
473
951
12293
2079150