Unit Disiplin

UNIT DISIPLIN

PENGENALAN

Unit Disiplin Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK merupakan satu salah satu komponen yang berada di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK di mana ianya diterajui oleh seorang Pegawai Disiplin yang dilantik khas oleh Pengetua atas tujuan mengawal selia peraturan-peraturan dan pelaksanaannya secara menyeluruh keatas para pelajar.

FUNGSI

  • Melaksanakan penguatkuasaan peraturan dan undang-undang ke atas para pelajar
  • Memperolehi dan mengambil butiran kesalahan pelajar untuk diambil tindakan oleh jawatankuasa tatatertib maahad tahfiz
  • Memastikan para pelajar mematuhi peraturan dan undang-undang
  • Memastikan peraturan-peraturan yang dilaksanakan memberi kesan positif keatas diri dan disiplin para pelajar
  • Melahirkan pelajar yang berdisiplin dan bertanggungjawab kepada diri sendiri,kawan-kawan dan juga kepada Maahad Tahfiz
More in this category: « HAL EHWAL PELAJAR UNIT KAUNSELING »