Unit Peperiksaan

UNIT PEPERIKSAAN

PENGENALAN

Unit Peperiksaan Maahad Tahfiz Al Quran MAIK merupakan satu unit di bawah seliaan bahagian hal ehwal akademik Maahad Tahfiz Al Quran MAIK yang bertanggungjawab terhadap segala proses berkaitan peperiksaan dan penilaian bagi calon-calon diploma tahfiz al-quran di maahad ini. Unit ini juga berperanan dalam memastikan segala proses berkaitan berjalan dengan baik, lancar dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh Pihak Maahad Dan Darul Quran JAKIM.

FUNGSI

  • Menguruskan Penyediaan Kertas Soalan Penilaian Berterusan Dan Skema/Rubric Jawapan.
  • Mengumpul Markah Penilaian Berterusan Kepada Unit Peperiksaan Darul Quran.
  • Menghantar Laporan Markah Penilaian Berterusan Kepada Unit Peperiksaan Darul Quran.
  • Menghantar Laporan Pencapaian Sukatan Hafazan Pelajar Kepada Unit Peperiksaan Darul Quran
  • Menghantar Laporan Kehadiran Subjek semua Pelajar Kepada Unit Peperiksaan Darul Quran.
  • Mengedar Jadual Peperiksaan Akhir/Ulangan Khas.
  • Menyusun Atur Bilik Dan Dewan Peperiksaan
  • Menyusun Jadual Giliran Bertugas Ketua Dan Para Pengawas Peperiksaan.
  • Menerima Dan Menyimpan Skrip Kertas Soalan Diploma Dari Pihak Unit Peperiksaan Darul Quran.
  • Menguruskan Kutipan, Pembungkusan Dan Penghantaran Kertas Jawapan Para Pelajar.
  • Menyediakan Bilik Kebal Maahad Tahfiz MAIK
  • Melaporkan Rumusan Dan Analisa Keputusan Peperiksaan
  • Merancang Program Kecemerlangan Akademik Pelajar
  • Menyimpan Dan Merekodkan Keputusan Peperiksaan Pelajar
  • Mengurus Rayuan Semakan Semula Skrip Jawapan
  • Rayuan Meneruskan Pengajian Bagi Pelajar Mendapat Status Gagal Dan Diberhentikan (GB)
More in this category: « UNIT QIRAAT UNIT PERPUSTAKAAN »

BILANGAN PELAWAT

Hari ini
Semalam
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
272
473
1001
12343
2079200