Pengetua MTQ MAIK

Perutusan Mudir MTQ MAIK


Alhamdullilah, segala puji bagi Allah, tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan izin serta petunjukNya, Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK yang ditubuhkan pada tahun 1993 dapat melahirkan ramai generasi Al-Quran serta mampu berbakti kepada masyarakat di seluruh Negara.

Syabas dan tahniah di atas kejayaan Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dengan kerjasama Unit Teknologi Maklumat dan Multimedia MAIK yang telah mula membangunkan portal rasminya pada tahun 2013, selaras dengan hasrat dan matlamat MAIK dan kepimpinan negara untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan dan maklumat melalui perkembangan dunia ICT yang begitu pesat tanpa had sempadan.

Segala informasi yang disediakan diharap dapat memudahkan orang ramai berurusan dengan Maahad Tahfiz Al-Quran khususnya dan MAIK amnya. Portal ini juga dapat membantu Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK dalam menjalankan fungsinya sebagai sebuah institusi pendidikan ilmu Al-Quran dan Qiraat bertaraf diploma yang telah mendapat pengiktirafan oleh pihak kerajaan Malaysia di bawah kelolaan Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Akhir kata, selamat melayari Portal Rasmi Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK. Semoga dengan terbinanya portal ini, Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK dapat mengorak langkah dengan lebih efisyen serta mampu berjalan seiring dengan maahad-maahad tahfiz (LTDQ) yang ada di seluruh Negara.

Sekian,wassalam

YBRS. MAHAMAD AZMI BIN ZAKARIA
Mudir
Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran
Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan

BILANGAN PELAWAT

Hari ini
Semalam
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
593
707
2718
17240
2277315