Unit Pengajian Islam

UNIT PENGAJIAN ISLAM

PENGENALAN

Penyelaras pengajian Islam Maahad Tahfiz Al Quran MAIK merupakan satu unit di bawah seliaan Bahagian Hal Ehwal Akademik Maahad Tahfiz Al Quran MAIK untuk mendalami ilmu ilmu dalam bidang pengajian islam, di mana para pelajar dikehendaki mengikuti kursus-kursus asas bidang pengajian islam bersama kursus kursus yang lain bagi melahirkan para pelajar yang berpengetahuan serta mampu melaksanakan disiplin ilmu Islam. Unit ini bertanggungjawab terhadap kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) kursus-kursus berkaitan dalam bidang pengajian islam mengikut sukatan dan kaedah yang telah ditetapkan oleh pihak Pemberi Pengajian Tinggi (PPT) Darul Quran JAKIM.

FUNGSI

  • Bertanggungjawab terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP)
  • Bertanggungjawab melaksanakan kursus-kursus dibawah Penyelaras Pengajian Islam mengikut sukatan pengajian yang telah ditetapkan oleh pihak Darul Quran.
  • Menghadiri taklimat akademik bagi kursus-kursus berkaitan.
  • Melaksanakan dan memantau program-program dan aktiviti bagi kursus di bawah Pengajian Islam.
  • Merancang dan melaksana program peningkatan pencapaian akademik setiap semester bagi kursus dibawah seliaan pengajian islam.
  • Menggubal dan mengemaskini proforma bagi kursus-kursus syariah.
  • Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa kesemasa.

BILANGAN PELAWAT

Hari ini
Semalam
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
245
473
974
12316
2079173