Program Pengajian

PROGRAM PENGAJIAN

SISTEM PENGAJIAN

Pengajian Program Diploma Tahfiz al-Quran dijalankan mengikut sistem semester iaitu selama 6 semester (3 tahun). Pelajar-pelajar yang mengikuti program ini akan melalui tiga komponen kursus iaitu:

  • Kursus Teras  - Kursus ini wajib diikuti oleh setiap pelajar bagi memenuhi keperluan pengajian.
  • Kursus Umum Pengajian Islam - Kursus ini wajib diikuti oleh semua pelajar dan dikehendaki lulus untuk layak menerima Diploma
  • Kursus Syukbah Qiraat- Kursus ini ditetapkan oleh Darul Quran. Pelajar dikehendaki mencapai tahap kemahiran yang cukup dalam kursus yang ditawarkan.

Semua program, peraturan serta pengurusan akademik yang dijalankan adalah dilaksanakan berdasarkan keputusan Lembaga Darul Quran yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

YURAN PENGAJIAN

Yuran pengajian tidak dikenakan. Biasiswa akan dipertimbangkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan untuk pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang memerlukan.

PROSPEK

Pemegang Diploma Tahfiz al-Quran wal-Qiraat layak memasuki perkhidmatan awam atau swasta sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, pendidik atau pendakwah atau imam dan lain-lain bidang yang memerlukan tahap profesionalisme, wibawa serta personaliti diri yang tinggi.

BILANGAN PELAWAT

Hari ini
Semalam
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
301
473
1030
12372
2079229