Arkib Berita

Perasmian Liga Majlis Perwakilan Pelajar 2015

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi: Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK
  • Program

Rabu, 12 Ogos 2015 - Majlis Perwakilan Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK (MPP MTQMAIK) telah berjaya menganjurkan satu aktiviti riadah yang dinamakan Liga Majlis Perwakilan Pelajar. Aktiviti yang dijalankan ini diatur dan digerakkan di bawah Lajnah Sukan dan Rehlah.

Tujuan aktiviti ini dirancang adalah untuk menggalakkan semua pelajar melibatkan diri dalam bersukan disamping merapatkan dan membina ukhuwwah sesama pelajar. Dalam pada itu, ia merupakan lanjutan aktiviti sukan yang diteruskan hasil rancangan daripada MPP yang sebelumnya. Antara lain juga adalah untuk mencungkil bakat - bakat yang ada terutamanya di kalangan pelajar - pelajar semester baru

Sukan anjuran Majlis Perwakilan Pelajar ini tidak asing lagi di kalangan pelajar kerana ia sememangnya dianjurkan setiap tahun. Namun, anjuran pada tahun tampak sedikit berbeza apabila ia diatur dalam bentuk Liga berbanding tahun - tahun sebelumnya yang diadakan dalam bentuk kejohanan. Liga ini melibatkan 3 acara iaitu bola sepak, bola tampar, dan sepak takraw dengan persaingan antara 10 buah bilik kesemuanya.

Liga yang seumpama ini merupakan aktiviti yang julung-julung kali diadakan dengan dirasmikan oleh Encik Yasman Bin Hashim @ Yasin selaku Penolong Pegawai Tadbir Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK bertempat di padang Maahad Tahfiz. Beliaulah antara pegawai yang gigih dalam mendapat dan menyediakan kemudahan riadah kepada para pelajar, antaranya ialah 'court' bola tampar dan sepak takraw. Beliau juga mengharapkan dengan kemudahan yang disediakan ini, para pelajar dapat meluangkan masa dan mengeluarkan peluh dengan sebarang aktiviti di waktu petang.

Perasmian ini disempurnakan dengan lafaz Basmalah diikuti dengan gimik perasmian iaitu menurunkan tandatangan di atas sebiji bola. Kemudian, diadakan sesi bergambar yang melibatkan semua pelajar dengan pakaian jersi pasukan masing-masing.

BILANGAN PELAWAT

Hari ini
Semalam
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
539
585
1457
3717
2112817