Arkib Berita

Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Maahad Tahfiz Al-Quran (MAIK) Sesi 2015/2016 Kali Ke-5 Featured

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi: Dewan Utama Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji
  • Program

11 Disember 2015 (Jumaat) – Majlis Perwakilan Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah mengadakan Mesyuarat Agung Majlis Perwakilan Pelajar Kali Ke-5 Sesi 2015/2016 bertempat di Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Panji.

Majlis ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkenaan Majlis Perwakilan Pelajar secara lebih mendalam dan sebagai medium Untuk mengemukakan pandangan dan idea baharu ke arah memantapkan organisasi. Selain itu, ia juga bertujuan menjadikan mesyuarat agung tahunan sebagai medan kaderasi untuk kepimpinan dan medan pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar lama dan perlantikan baharu.

Majlis Bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 6.30 petang. Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya, ucapan dasar Yang Dipertua Pelajar, pembentangan aktiviti tahunan bagi setiap lajnah, perbahasan usul daripada para pelajar, perbentangan kewangan MPP dan diakhiri dengan pembubaran ahli barisan MPP bagi sesi 2014/2015.

Majlis penyerahan watikah pelantikan dirasmikan oleh Al Fadhil Tuan Mudir Ustaz Sukeri Bin Md Nor dan Pegawai Hal Ehwal Akademik (HEA) Al Fadhil Ustaz Fadhly Hisyam Bin Mat Jun. Majlis Mesyuarat Agung di akhiri dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh Yang Di Pertua Pelajar saudara Ahmad Naqiuddin Bin Adnan.

BILANGAN PELAWAT

Hari ini
Semalam
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
112
524
3988
10575
2119675