Arkib Berita

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1437H & Majlis Perpisahan Pelajar Semester Akhir

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi: Surau Al-Mawaddah, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji
  • Program

22 Disember 2015 bersamaan 11 Rabiul Awal 1437H, Majlis Perwakilan Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK dengan kerjasama Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul & Majlis Perpisahan Pelajar Semester Akhir. Majlis tersebut telah diadakan di Surau Al-Mawaddah Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra.

Majlis yang bertemakan "Rasulullah Qudwah Ikutan Sepanjang Zaman" dipilih adalah bagi menyemarakkan lagi semangat para pelajar dalam menelusuri sirah & sunnah Baginda SAW seterusnya memperingati perjuangan suci junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan agama Islam.

Majlis bermula dengan solat maghrib secara berjemaah. Kemudiannya para jemaah disajikan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu, Alfadhil Ustaz Ahmad Fikri Bin Mat Wi. Bersesuaian dengan tajuk yang berunsurkan Maulidur Rasul, penceramah banyak mengambil qudwah & kisah teladan dari pemimpin ummah yang agung iaitu Nabi Muhammad SAW. Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan selawat.

Serentak dengan itu, Majlis Perpisahan bagi para pelajar yang akan keluar juga turut diadakan. Majlis tersebut disempurnakan sendiri oleh Tuan Mudir Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK, Al-Fadhil Ustaz Mohd Sukeri Bin Mohd Noor. Majlis berakhir dengan sesi pembahagian cenderamata kepada pelajar-pelajar tersebut.

BILANGAN PELAWAT

Hari ini
Semalam
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
112
524
3988
10575
2119675