Arkib Berita

Lawatan Penaziran Akademik Program Diploma Tahfiz Al-Quran Dan Qiraat Lokasi Tambahan Darul Quran JAKIM Siri 1/2022

Maklumat Program:

  • Tarikh: -
  • Lokasi: Kompleks Islam Jubli Perak
  • Program

Pada 1 Mac 2022 (Selasa) bersamaan 27 Rejab 1443H jam 9.30 pagi, Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK telah menerima kunjungan Lawatan Penaziran Akademik Program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat Lokasi Tambahan Darul Quran JAKIM siri 1 tahun 2022.

Lawatan ini telah dihadiri oleh dua orang Pegawai Darul Quran JAKIM iaitu YBrs Af Ustaz Abdul Halem Hapiz bin Salihin selaku Timbalan Pengarah Cawangan Kualiti Darul Quran JAKIM dan YBrs Af. Ustaz Muhammad Zaki bin Ab Rahman, selaku Ketua Unit Muadalah Darul Quran JAKIM.

Antara objektif utama penaziran Akademik kali ini ialah bertujuan untuk memastikan setiap Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) dapat bekerjasama dengan Darul Quran JAKIM serta mematuhi standart pengajian yang telah ditetapkan oleh Malaysian Qualification Agency (MQA).

Disediakan Oleh : Mohd Aslam Bin Md Nawi

flickr
www.flickr.com