Arkib Berita

Bengkel Pengukuhan Bahasa Arab Dan Praktikal Pembacaan Kitab Turath Di Maahad Tahfiz Al-Quran (MAIK) Tahun 2019

Maklumat Program:

  • Date: -
  • Lokasi: Bilik Seminar, Dewan Utama Kompleks Islam Jubli Perak (KIJP), Panji Kota Bharu, Kelantan
  • Program

Pada 14 Februari 2019, Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK telah menganjurkan BENGKEL PENGUKUHAN BAHASA ARAB DAN PRAKTIKAL PEMBACAAN KITAB TURATH DI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN (MAIK) TAHUN 2019. Program yang kali ke tiga diadakan ini merupakan salah satu usaha untuk merealisasikan visi dan misi maahad ke arah pemantapan dan penguasaan Bahasa Arab yang berterusan di kalangan pelajar maahad dan diurus setiakan di bawah Unit Bahasa Maahad Tahfiz MAIK.

Di antara objektif program ialah:

  1. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang kaedah asas dalam cabang-cabang ilmu bahasa Arab; Nahu, Sorf dan Balaghah.
  2. Meningkatkan tahap keyakinan diri pelajar untuk menulis dan membaca dalam bahasa arab.
  3. Mendedahkan teknik memperkayakan perbendaharaan kata bahasa arab di kalangan pelajar.
  4. Memantapkan kemahiran pelajar untuk di aplikasi dalam medan dakwah Islamiyyah kepada masyarakat setempat.
  5. Meneruskan kesinambungan tradisi disiplin ilmu ulama-ulama terdahulu.

Ceramah telah disampaikan oleh AF. TUAN HAJI MOHD ASRI BIN IBRAHIM, KETUA JABATAN BAHASA DARUL QURAN JAKIM yang dijemput khusus bagi mengedalikan program sehari tersebut.

Disediakan Oleh : Wan Mohd Riduan Bin Wan Abdullah

BILANGAN PELAWAT

Hari ini
Semalam
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
285
473
1014
12356
2079213