Arkib Berita

Program Selangkah Ke Menara Gading : Bicara Santai Unit Pendidikan MAIK Bersama Pelajar Semester Akhir Maahad Tahfiz Al-Quran (MTQ) MAIK

Maklumat Program:

  • Tarikh: -
  • Lokasi: Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK
  • Program

Unit Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Alumni dengan kerjasama Unit Kaunseling Maahad Tahfiz Al-Quran (MTQ) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan ( MAIK ) telah menganjurkan Program Selangkah Ke Menara Gading: Bicara Santai Unit Pendidikan MAIK bersama pelajar semester akhir MTQ MAIK Tahun 2024.

Program yang diadakan di Makmal Komputer MTQ MAIK pada 7 Mac 2024 lalu itu telah dikendalikan oleh Yang Berusaha Cik Nur Hanis Binti Alias, Pegawai Tadbir Pendidikan MAIK.

Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman kepada para pelajar berkaitan peluang-peluang biasiswa / dermasiswa yang boleh dimohon daripada MAIK disamping membantu para pelajar dalam membuat permohonan secara atas talian berkaitan biasiswa dan dermasiswa melalui praktikal atau hands on bersama Unit Pendidikan MAIK.

Antara pengisian adalah sesi taklimat dan sesi praktikal berkaitan pengisian program dan dokumen secara atas talian berkaitan permohonan biasiswa dan dermasiswa disamping membantu para pelajar meneroka peluang-peluang yang bakal diperoleh selepas tamat pengajian diploma.

Diharapkan para pelajar semester akhir dapat menggunakan ilmu dan pengetahuan ini sebaiknya bagi memudahkan urusan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

#MAIK2024

#MTQMAIK

BILANGAN PELAWAT

Hari ini
Semalam
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
387
400
4036
14145
2123245