Jawatankuasa Pengelola

YANG BERHORMAT MULIA TENGKU TAN SRI DATO' HAJI MOHAMAD RIZAM BIN TENGKU ABDUL AZIZ (Yang Dipertua MAIK))

Pengerusi Jawatankuasa

Maklumat Pelbagai:

LATARBELAKANG

Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra telah di puterakan di Kota Bharu pada 20hb Januari 1974. Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra ialah putera Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid. Yang Teramat Mulia Tengku ialah putera kedua daripada tiga putera dan seorang puteri: Tengku Muhammad Faris Petra (sekarang KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V), Tengku Muhammad Fakry Petra , dan Tengku Amalin A'Ishah Putri. Pada 20hb Mac 1989, Yang Teramat Mulia Tengku telah diperkenan dilantik sebagai Tengku Bendahara Kelantan sempena sambutan Hari Ulang tahun ke-30 Keputeraan KDYMM al-Sultan Kelantan.

PENDIDIKAN

Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (II) Kota Bharu, Kelantan. Kemudian, Yang TeramatMulia Tengku berangkat ke London untuk menyambung pelajaran peringkat menengah dan memilih Oakham School Rutland, England sebagai destinasi pengajiannya. Selepas berjaya mendapat 10 GCSE'S dan 3A-Level, Yang Amat Mulia Tengku menyambung pelajaran peringkat tingginya di London School Economics. Yang Amat Mulia Tengku telah lulus dengan meraih ijazah B.A dalam bidang History. Semasa di London, Yang Teramat Mulia Tengku sempat mendaftar di Universiti Firence untuk mempelajari Italian Language and Literature pada peringkat "beginner and Intermediate"./p>

Sebagai seorang yang cintakan ilmu pengetahuan, peluang yang diberi untuk mendalami ilmu tidak disia-siakan Yang Teramat Mulia Tengku. Setelah memperolehi ijazah pertama dalam bidang sejarah, Yang Teramat Mulia Tengkuterus berada di London bagi melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi lagi. Yang Teramat Mulia Tengku telah memilih Universiti College London bagi menyambung pelajaran peringkat M.A dan berjaya mendapat ijazah M.A dalam jurusan Ansient History. Di universiti dan dalam bidang yang sama juga, Yang Teramat Mulia Tengku telah berjaya pula memperoleh ijazah lanjutan MPHIL Ancient History. Tidak cukup dengan ijazah M.A, Yang Teramat Mulia Tengku menyambung pelajaran peringkat Ph.D pula dalam bidang yang sama juga. Masa lapang Yang Teramat Mulia Tengku diisi dengan membaca dan melukis. Dalam bidang sukan, Yang Teramat Mulia Tengku sangat berminat dalam permainan bola sepak.

YANG DIPERTUA MAIK YANG KE 17

Sesungguhnya pemilihan Yang Teramat Mulia Tengku sebagai Yang Dipertua MAIK memang cocok dengan tahap pendidikan tinggi dan kelayakan yang dimiliki Yang Teramat Mulia Tengku. Syabas./p>

Sehubungan dengan perlantikan tersebut, pada 5hb Julai 2009, Teramat Mulia Tengku telah berangkat ke pejabat MAIK bagi memulakan tugas sulungnya selaku Yang Dipertua MAIK, seterusnya mempengerusi Mesyuarat Ahli Majlis Agama Islam Kelantan kali yang ke-877/bilangan 2 Tahun 2009./p>

BILANGAN PELAWAT

Hari ini
Semalam
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
23
611
2759
17281
2277356