Arkib Berita

Majlis Khatam Al-Quran Pelajar Semester 6 MTQ MAIK Sesi 2015 Featured

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi: Masjid Al-Mawaddah Komples Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji
  • Program

29 Mac 2015 bersamaan 08 Jamadilakhir 1436H - Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Pelajar Semester 6 Sesi 2012/2015 bertempat di Masjid Al-Mawaddah Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra Panji.

Seramai 22 orang pelajar yang telah menyertai dalam majlis tersebut merupakan pelajar yang mengambil Kursus Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat. Majlis dirasmikan oleh Al-Fadhil Tuan Haji Muhammad Hana Pizi Bin Haji Abdullah, Imam Besar MAIK yang mewakili Timbalan Yang DiPertua MAIK.

Antara objektif majlis khatam kali ini adalah bagi menerapkan semangat cintakan Al-Quran dan melahirkan para huffaz yang mempunyai jati diri dan istiqomah dalam tarbia.

Pada julung kalinya Anugerah Hafiz Tauladan diperkenalkan yang mana dianugerahkan kepada Muhammad Basyaruddin Bin Hashim. Beliau dinobatkan sebagai Hafiz Tauladan 2015 berdasarkan pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah diri serta penyertaan beliau dalam segala aktiviti dan majlis yang dianjurkan sepanjang tempoh pengajian.

Pada tahun ini juga Anugerah Pelajar Awal Khatam diperkenalkan bagi menyuntik semangat kepada para huffaz. Antara Pelajar yang Berjaya meneria anugerah tersebut ialah :-

  • Khairul Anuar Muhamadi Bin Muhamad
  • Mohamad Amir Muiz Bin Mohamad Fuzi
  • Muhammad Mukmin Al-Hafiz Bin Zahari

BILANGAN PELAWAT

Hari ini
Semalam
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
49
558
8435
20947
2106719