Arkib Berita

Muktamar Majlis Perwakilan Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK kali ke-4 Featured

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi: Sweet Beach Resort, Tok Bali, Kelantan
  • Program

Majlis Perwakilan Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK (MPP MTQMAIK) telah menganjurkan Muktamar Majlis Perwakilan Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan buat kali ke–4 pada 28 dan 29 November 2014 bertempat di Sweet Beach Resort, Tok Bali, Kelantan.

Program yang diadakan selama dua hari ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar lebih mendalam berkenaan Majlis Perwakilan Pelajar MTQ MAIK. Selain itu, ia juga bertujuan bagi mengemukakan pandangan dan idea baharu ke arah memantapkan organisasi ini serta sebahagian dari proses pembubaran dan perlantikan MPP baharu.

Muktamar yang bertemakan “BERSAMA MERAKYATKAN PERJUANGAN, NEKAD DENGAN ILMU DAN IMAN” ini telah menjadi satu lambang kekuatan ukhuwwah dikalangan pelajar MTQ MAIK sejak ditubuhkan disamping menjaga adab-adab sebagai seorang yang bergelar Ahlul Quran ‘Hamalatul Quran’.

Majlis penyerahan watikah perlantikan dirasmikan oleh Tuan Pengetua Al-Fadhil Ustaz Sukeri Bin Mohd Nor dan Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Al-Fadhil Ustaz Hj. Najmuddin Bin Ismail. Majlis Muktamar di akhiri dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh Yang Di Pertua Pelajar saudara Muhamad Zulshuhaifi Bin Ismail.

Antara aturcara program muktamar ini adalah sesi soal jawab berkaitan ke mana hala tuju Majlis Perwakilan Pelajar MTQ MAIK seterusnya. Program-program ilmiah serta kokurikulum juga turut diselitkan sepanjang persidangan ini berlangsung.

BILANGAN PELAWAT

Hari ini
Semalam
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
4
492
1537
4
2109104