Arkib Berita

Ceramah Ambang Ramadhan MTQ MAIK

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi: Dewan Serbaguna, Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Panji
  • Program

31 Mei 2016 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan MAIK telah menganjurkan Program Ceramah Ambang Ramadhan Peringkat MTQ MAIK bersempena dengan kedatangan Ramadhan Al-Mubarak 1437 Hijrah.

Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk mendapat pahala yang berlipat ganda. Justeru itu, Sempena kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak 1437H, satu siri Ceramah Ambang Ramadhan telah diadakan bertujuan sebagai persiapan awal untuk menjalani ibadah puasa sebulan di bulan Ramadhan bagi meraih ganjaran yang berlipat ganda dan keredhaan Allah seterusnya dapat memberikan kesedaran dan pengajaran dalam penghayatan Ramadhan.

Antara objektif program ini adalah menghayati roh Ramadhan sebagai bulan Rahmat dan bersedia ke arahnya.

  • Melahirkan warga MTQ MAIK yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Memupuk semangat berkorban dengan lebih berbanding dengan bulan-bulan yang lain serta melahirkan insan yang mempunyai jati diri yang tinggi.
  • Membentuk syakhsiah insan yang prihatin dan mempunyai sifat ihsan melalui amalan sedekah.
  • Melaksanakan ibadah puasa dengan sabar dan sempurna.

BILANGAN PELAWAT

Hari ini
Semalam
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
137
446
2116
583
2109683